Isnin, 21 Mac 2011

Cemburu...

Kawan saya pernah berkata kepada saya "Janganlah kamu bersangka kerja yang dia lakukan lebih senang daripada kerja yang kamu lakukan, dan menyangkakan kerja kita lebih susah daripada kerja yang dia lakukan, bersangkalah bahawa kerja kita jauh lebih senang daripada kerja yang dia lakukan" tersentak juga saya apabila kawan saya mengeluarkan kata-kata tersebut. Makna yang inigin disampaikan beliau ialah perasaan tersebut akan hanya menimbulkan perasaan iri hati dan cemburu. Apabila perasaan ini muncul ia akan menjadikan kita bertindak di luar pertimbangan dan akan berlaku sesuatu perkara yang tak di duga. Perkara sedemikian biasanya berlaku di sesebuah organisasi. Perkara ini hanya akan mencacatkan sesebuah organisasi.

Dan seringkali kita menuding jari. Tak pernah nak mengaku kesalahan diri sendiri. Tuan puan pernah tak berlaku sedemikian ?