Jumaat, 10 Jun 2011

Halal hanya ada pada pemakanan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para tetamu dan pembaca sekalian...



Selalu kita dengar laporan di radio, televisen, surat khabar, majalah dan sebagainya mengenai berita tentang makanan seharian haram di makan disebabkan oleh campuran barang-barang tidak halal seperti babi dan arak. Memang gempar lah apabila di ceritakan tentang bab makanan tak halal ni. Apa lagi kita kan, setiap kali nak beli barang makanan sudah tentunya nak lihat logo halal dulu. Kalau ada logo halal, baru yakin  nak beli. Itupun tengok juga logo halal tu dari mana..adakah logo itu reconized oleh JAKIM ataupun JAIN. Kalau halal tulisan jer memang keberatan jugak lah nak beli. Banyak kan kita dengar cerita-cerita tentang halal ni. Dengar cerita kawan-kawan yang duduk kat bab halal tu, memang hari-hari lah orang tanya tentang kedai atau makanan tu halal tak?bukan tanya makanan jer, kedai pun orang tanya  halal ke tak? hehe.,Tapi hakikatnya betul lah,,kalau nak apply sijil halal bukan setakat makanan jer halal kawasan kedai pun kena halal juga maksudya bersih lah..Kalau bab makanan ni sungguh teliti kita kan..Kita takut kalau-kalau makanan haram tu jadi darah daging kita. Sekali dengar jer isu pasal halal ni huh,,,tak perlu ceramah kesedaran halal dah, kita sendiri pun ada tindakan dan peranan.Pandai pulak kita mendisiplinkan diri dalam pemakanan.

Adakah kita hanya faham yang halal haram tu hanya ada pemakanan? Saya kata demikian kerana media masa menghebahkan tentang makanan halal dan non halal. Tapi cuba kita fikir sejenak nombor ekor atau  judi haram ada orang tanya?, Rasuah haram ada orang tanya ? Mencuri haram ada orang tanya? Melakukan maksiat ada orang tanya status halal haramnya ? minum arak yang pasti halal takde pun orang nak rujuk,semua benda tu sama jer,,Sikit sangat orang mengadu pasal tu? dah la perbuatan tu berdosa hasilnya apatah lagi haramnya..dan makin besar lah dosanya ? Macam mana pendapat tuan puan? Kenapa kita hanya sedar halal pada makanan seharian kita sahaja. Kita juga perlu sedar hasil untuk membeli makanan tu adakah hasil yang halal atau haram? Saya tak menuduh yang hasil duit tuan puan itu haram tapi renungkanlah masa kita bekerja adakah kita betul-betul bekerja, ikhlas dan jujur dalam menjalankan amanah. Sebab satu pekerjaan itu satu amanah. Contoh yang paling simple la saya nak katakan apabila kita bekerja pernah tak kita curi tulang, kalau ada tu cepat-cepat lah ganti balik masa tu ya..nanti lain pulak jadi hasil pendapatan kita kan. Hasil tu pulak untuk beri makan anak,isteri dan keluarga huh kalau rezeki halal mencurah-curah lah pahalanya. Tapi kalau lah rezeki tu haram bagaimana pulak ?Mesti tuan puan tahu kesan dan akibatnya kan?

Kalaulah kita dapat laksanakan konsep halal haram tu dan  mengplikasikan kepada contoh-contoh perbuatan tak halal yang saya katakan tadi, memang mantaplah. Tak perlu lagi lah nak ceramah-ceramah agama tu, semua orang dah paham, dan tak nak buat dah benda tuh..tapi sayang nya kita ni hanya peka pada makanan halal  sahaja.  Kalau tahu sesuatu makanan tu non halal memang tak nak beli dah sampai bila-bila. Tapi kenapa tidak kita fikir dah kita tahu sesuatu perbuatan yang jahat tu, memang tidak akan halal dan semestinya haram mengapa kita  nak buat yer? Mengapa kesedaran halal pada pemakanan kita sangat peka Kesedaran halal pada sesuatu perbuatan jahat kita tak ingat.

Ada satu hadis mengatakan:


"Orang yang beriman melihat dosanya umpama gunung yang besar yang akan menghempapnya manakala ahli maksiat melihat dosanya umpama lalat yang hinggap di hidungnya, apabila ia mengisyaratkan dengan tangannya maka lalat itu akan lari"
                                                                   Hadis Riwayat Bukhari.


Sungguh bermakna kandungan hadis tersebut. Kalaulah kita mengimaginasikan bahawa setiap dosa yang kita laksanakan itu ibarat sebuah gunung yang akan menghempapkan kita semula. Memang kita tidak berani nak melaksanakan perbuatan yang di larang oleh Allah malahan kita akan sentiasa beriman padaNya. Dosa sebesar zarah pun kita tak berani nak buat. Tapi kalaulah kita berpandangan dosa itu umpama lalat yang hinggap di hidung, apabila di halau dengan tangan ia akan lari. Celakalah yang akan menimpa kita, kerana kita tidak ingat akan hari pembalasan yang telah Allah janjikan.


Fikir-fikirkanlah ....sesuatu yang tidak halal itu akan mendapat dosa. Sesuatu yang berdosa itu adalah perbuatan yang tidak dihalalkan dan dilarang oleh Allah. Aplikasikanlah pemahaman halal kita terhadap pemakanan ke dalam perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Insya Allah kita akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Sekian sahaja untuk perkongsian kita bersama pada hari ini. Apa yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan penulisan saya sendiri. Sekian terima kasih.