Rabu, 30 Mei 2012

Mati......



Hari ini saya terbaca satu buku iaitu karangan Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni terjemahan Noraine Abu bertajuk "La Tahzan" ataupun bermaksud Jangan bersedih ataupun Dont Be Sad.


Dalam buku tersebut saya tersentuh dengan sebuah kisah. Ceritanya berbunyi Surat khabar Al-Qoshim sudah cukup lama terbit di Arab saudi menyebutkan bahawa ada seoarng pemuda di Damsyiq telah memesan tiket kapal terbang untuk satu perjalanan. Dia memberitahu ibunya bahawa waktu berlepas pesawat adalah jam sekian, sekian. Ibunya diminta untuk membangunkannya jika telah dekat waktunya. Pemuda tersebut pun tidur. Sementara si Ibu mengikuti berita cuaca dari radio yang menjelaskan bahawa angin bertiup kencang dan langit sedang mendung. Si ibu merasa sayang terhadap anak satu-satunya itu. Oleh itu dia tidak membangunkan anaknya dengan harapan dia tidak jadi pergi pada hari itu kerana keadaan cuaca yang sangat tidak mengizinkan. Dia takut akan terjadi peristiwa yang tidak diinginkan. Ketika dia sudah yakin bahawa waktu perjalanan telah terlepas, dan pesawat telah meninggalkan landasan, ibu tersebut membangunkan anaknya. Ternyata si anak telah meninggal dunia di tempat tidurnya.


Katakanlah :"Sesungguhnya kematian yang kalian ingin lari darinya, maka sungguh kematian itu pasti akan menemui kalian juga, kemudian kalian akan dikembalikan zat yang maha Mengetahui segala hal yang ghaib dan nyata, lalu dia beritakan kepada kalian apa yang telah dikerjakan." (Al-Jumu'ah: 8)


Larilah dari kematian, kamu pasti akan mati juga akhirnya.
Orang-orang awam mengatakan: "Orang yang ditakdirkan selamat dari tenggelam di lautan, baginya pasti ada jalan."
Jika ajal telah lenyap tiba, penyebab apa pun dapat mematikan manusia.


jadi fikir-fikirkanlah mati itu bila-bila masa akan terjadi tidak kira masa..So bersedialah kita supaya kita boleh mati dalam keadaan beriman..Wallahualam...

Selasa, 14 Februari 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah degan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU