Jumaat, 27 Mei 2011

Mampukah Aku Sepertinya ?....

Assalamualalaikum dan salam sejahtera para pembaca yang budiman.. Di sini di coretkan sedikit cara dan kepimpinan Rasullullah yang mungkin boleh di aplikasikan kepada diri kita...Jangan lah kita merasa ego dan sombong dengan apa yang kita ada,,sedangkan kekasih Allah yang di jamin masuk syurga ini pun sentiasa menghambakan diri kepada Allah,,Apatah lagi kita manusia biasa ini...
  • Kalau ada pakaian yang koyak Rasullullah akan menampalnya sendiri tanpa  menyuruh isterinya.
  • Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk di makan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di Rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga".
  • Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.
  • Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya : Belum ada sarapan Ya khumaira?Aisyah menjawab dengan agak serba salah : belum ada apa-apa ya wahai Rasullullah,. Rasulullah lantas berkata jika begitu aku puasa saja hari ini.Tanpa ada rasa sedikit kesal di wajah baginda.
  • Sebaliknya baginda amat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasullullah menegur : mengapa engkau memukul isterimu? lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar: isteriku sangat keras kepala! sudah di beri nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukullah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu, sahut Nabi saw :aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu. 
  • Baginda tidak pernah merasa canggung sedikit pun makan di sebelah seorang tua yang di penuhi kudis, miskin dan kotor
  • Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat para sahabat pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amatlah sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi mengerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayyidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sembahyang, "Ya Rasullullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya rasullullah?" "tidak ya Umar, Alhamdulillah aku sihat dan segar',
      
                      Ya Rasullullah ..mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar  seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit.."desak Umar penuh cemas.

           Akhirnya Rasullullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk  menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi  halus setiap  kali bergeraknya tubuh baginda.

          Ya Rasullullah! adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan  mendapatkannya buat tuan?"."Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan   engkau korbankan demi  Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapa  Allah  nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"Biarlah  kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak  tidak ada yang  kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat  kelak".


  •      Baginda hanya diam dan bersabar apabila kain ridanya direntap dengan kasar   oleh   seorang arab badwi  sehingga berbekas merah di lehernya.  Dan kesabaran baginda tiada tandingannya. " Daripada Anas bin Malik katanya: Seorang arab badwi telah datang, lalu kencing di satu penjuru Masjid. Orang   ramai menyergahnya lalu  Rasullullah  saw melarang mereka berbuat demikian. Apabila selesai kencing,  baginda menyuruh supaya dituangkan satu timba air di atas tempat itu. 

  •   Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila   ditanya oleh Sayyidatina Aisyah, Ya Rasullullah, bukankah engkau telah dijamin masuk  Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak. Ya Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? sesungguhnya aku ingin menjadi   hambaNya yang bersyukur.
Mampukah aku ?

Pengajarannya : kita sebagai umat Muhammad mestilah mengambil tauladan daripada apa yang Nabi telah ajarkan kepada kita. Janganlah kita hanya asyik mementingkan diri sendiri. Contohnya sifat Nabi yang pertama itu, tidak akan jatuh martabat kita sebagai suami sekiranya kita melakukan kerja itu sendiri, walaupun hakikatnya itu adalah kerja wanita. Bahkan akan menimbulkan rasa kasih sayang kepada sesiapa yang bergelar suami atau isteri.  

Manakala pada sifat yang kedua pula sama juga. Suami dengan isteri mestilah saling bekerja sama. Ini boleh mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara suami dan isteri. Janganlah kita apabila isteri lambat menyediakan makanan di tengking, malahan di marahi lagi..Jadi itu akan menimbulkan kesan yang negatif terhadap hubungan suami isteri.


Sifat seterusnya apabila azan berkumandang..tanya pada diri adakah terus ke masjid ataupun sebaliknya, jika terus ke masjid alhamdulillah. Mengapa tidak kita seperti baginda. Mengapa sekarang kita tengok masjid banyak yang makmumnya terlalu sedikit. Ada tak pendekatan lain bagi kita untuk menjemput orang islam untuk solat berjemaah di masjid? Berjemaah itu teras kekuatan kita sebagai orang islam. Janganlah kita berpecah belah..


Ok kalau kita bangun pagi, apa yang kita buat ialah selepas mandi mesti kita cari sarapan kan? Ok,  kalau isteri kita ada menyediakan sarapan dan sebagainya  pernah tak kita berterima kasih  kepada nya? Kalau tiada lepas baca ni ucap lah terima kasih ya? sebagai mana nabi ajar kepada kita, Nabi sanggup untuk berpuasa apatah lagi kita manusia biasa ini. Ok,  kalau isteri kita tak sediakan bagaimana pula? jangan marah dan terus melenting mesti ada sebabnya. Berlemah lembut lah kita kepada isteri selagi mana dia taat kepada kita sebagai isteri. Dan janganlah kita mengkasari mereka..


Kalau kita sebagai pemimpin jangan lah kita merasa senang dengan menyebabkan kesusahan pada orang lain. Berlakulah adil. Kita lebih di senangi apabila kita sentiasa bersama-sama walau di saat senang mahupun susah.


Tengoklah betapa tingginya tahap kesabran baginda. Walaupun perbuatan arab badwi itu boleh menyebabkan marah tetapi tidak menimbulkan kemarahan kepada baginda. Mampu ke kita? dapat ke tak lawan nafsu tu? Dan pendekatan psikologi yang di tunjukkan oleh rasullullah ketika mana seorang arab badwi yang telah kecing di dalam masjid, Baginda mengambil pendekatan yang berhemah..


Walaupun Nabi dah di jamin masuk syurga pernah tak dia bersifat tidak baik. Bahkan menambahkan lagi rasa kehambaannya kepada Allah. Kita pulak bagaimana? Contohnya bila kita dah hidup senang, duit, harta benda, semuanya ada. Adakah kita akan merasa sombong, ego dan apa -apa yang sama waktu dengannya. Janganlah ya..semuanya adalah kehendak Allah..Jangan hanya ingat pada Allah di masa susah sahaja, di masa senang lupa segala-galanya..Kalau kita miskin dan susah sekalipun, janganlah kita pun ego jugak. Maksudnya nak menunaikan tanggungjawab kepada Allah pun berat sekali. Biarlah kita miskin di dunia tetapi kaya di akhirat.


Ini lah tuan puan pembanca yang budiman..kita memang selalu lupa siapa kita kan. Bersama-samalah kita saling ingat mengingati di antara satu sama lain ye..Semoga apa yang tercatat boleh kita jadikan pedoman dan pengajaran serta ikhtibar. Panjang-panjangkalah ilmu Allah itu untuk sama-sama kita mendapat keberkatannya.,,












    Jumaat, 20 Mei 2011

    5 Syarat nak halalkan maksiat


    Wahai sahabat sekalian,,saya ingin berkongsi suatu isu yang mungkin boleh di jadikan kita panduan dan pedoman. Mesti tuan puan biasa mendengar tentang masalah maksiat kan..dan basi dah isu ni kan...sebab di mana-mana saje kita dengar orang berbicara topik ini..Maksiat ni pulak kat mana-mana pun orang boleh buat,,kat shoping komplek, kat dalam lif, kat taman-taman permaianan, kat hotel-hotel tu apa lagi..orang tak tengok kan..huh..kalau lah maksiat tu boleh di halalkan kan senang..betul tak?..Kalau dapat di halalkan jadi tak kan berdosa kita yang buat maksiatkan..Tak perlu lah adanya penguatkuasa sebab maksiat tu halal,,,,
    jadi di sini nak di kongsikan sebuah cerita untuk kita jadikan ikhtibar.


    Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

    Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

    "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

    "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

    Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

    "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

    "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

    Yang ni lah lima syarat nak halalkan maksiat tu,,Mudah jer syarat tu... Jadi sudah lah,,jangan lah kita nak buat maksiat rezeki tu milik Allah,,Bumi ni milik Allah, dekat mana kita nak menyorok daripada Allah untuk melakukan maksiat..kalau tuan puan tahu,,buatlah,kalau saat kita nak nazak tu,,kan ada malaikat tukang cabut nyawa,,cakap dengan dia yang kita tak nak mati dulu..Cakap kat dia yang kita nak solat taubat dulu baru cabut..rasa-rasanya malaikat beri tak permintaan kita. Kalau kat dunia ni..kalau kena hukuman gantung boleh mintak lagi, apa permintaan terakhir...agak-agak malaikat bagi tak permintaan terakhir kita ? Anda bayangkanlah bertapa sakitnya apabila nyawa kita di cabut Masya Allah hanya Allah yang mengetahui segalanya. Lepas tu pulak,,ada dua ganjaran lagi yang kita bakal terima. Syurga ke neraka ? hah..kalau malaikat zabaniyah bawak kita ke neraka, lari lah yer..macam kita lari pabila tertangkap oleh pencegah maksiat macam tu lah..Kalau selamat tak terkantoi,,tapi kat akhirat nanti cuba lah yer,,Selamat mencuba...Jadi sampaikanlah apa yang berfaedah daripadanya..sekian,,,wassalam..

    Rabu, 11 Mei 2011

    Kiyai Vs Pemuda

    Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
     
    Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
     
    Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
     
    Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
     
    Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
     
    1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
     
    2.Apakah yang dinamakan takdir
     
    3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?
     
    Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
     
    Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya?
     
    Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 Pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
     
    Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
     
    Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
     
    Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
     
    Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
     
    Pemuda : Ya!
     
    Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
     
    Pemuda :Saya tidak boleh.
     
    Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
     
    Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
     
    Pemuda : Tidak.
     
    Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
     
    Pemuda : Tidak.
     
    Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
     
    Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
     
    Pemuda : Kulit.
     
    Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
     
    Pemuda : Kulit.
     
    Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
     
    Pemuda : Sakit.
     
    Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka
    neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.